Mengetengahkan isu pengaruh Budaya Barat di kalangan masyarakat Malaysia yang semakin berleluasa di negara kita.
Thursday, April 17, 2014
Pengenalan
Alhamdullilah, dengan limpah izin dapat kami menyediakan satu BLOG untuk Kit Pembangunan Sahsiah atau spesifiknya dikenali sebagai A Personality Development Kit for Excellent Teacher bagi meningkatkan kesedaran khususnya kepada bakal guru dan guru-guru tentang Masalah Pengaruh Budaya Barat.
Ahli kumpulan kami diketua oleh Nur 'Atikah binti Kamaruddin dan tiga lagi ahli kumpulan iaitu Nurfaiqah Najihah bt Rosli, Razitah bt Mohd Desa dan Nor Atikah Binti Ramli. Kami akan sentiasa memastikan Blog yang kami wujudkan ini mencapai objektifnya iaitu untuk memberi kesedaran tentang pengaruh budaya barat yang semakin menular di dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dalam golongan remaja. Dalam blog ini, kami akn kupaskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan isu pengaruh budaya barat untuk dibincangkan.
Sekian terima kasih...Heee~ :D
Ahli kumpulan kami diketua oleh Nur 'Atikah binti Kamaruddin dan tiga lagi ahli kumpulan iaitu Nurfaiqah Najihah bt Rosli, Razitah bt Mohd Desa dan Nor Atikah Binti Ramli. Kami akan sentiasa memastikan Blog yang kami wujudkan ini mencapai objektifnya iaitu untuk memberi kesedaran tentang pengaruh budaya barat yang semakin menular di dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dalam golongan remaja. Dalam blog ini, kami akn kupaskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan isu pengaruh budaya barat untuk dibincangkan.
Sekian terima kasih...Heee~ :D
Peranan Guru dalam Mengatasi Pengaruh Budaya Barat di dalam Kalangan Pelajar.
Menasihatkan pelajar agar menjauhi budaya barat.
- Sebagai seorang guru yang dekat dengan pelajar kebanyakkan masa, guru haruslah selalu menasihati pelajar agar menjauhi budaya barat yang semakin berleluasa. Guru boleh kaitkan dengain isu-isu berkaitan budaya barat yang menjadi topik hangat di negara kita sebagai mukadimah permulaan nasihat.
Menerapkan nilai-nilai ketimuran dalam pengajaran.
- Dengan menerapkan nilai-nilai ketimuran semasa pengajaran, guru dapat menjadi ''role model'' kepada pelajar untuk terus menerapkan nilai-nilai ketimuran dalam kualiti kehidupan mereka.
- Dengan menerapkan nilai-nilai ketimuran semasa pengajaran, guru dapat menjadi ''role model'' kepada pelajar untuk terus menerapkan nilai-nilai ketimuran dalam kualiti kehidupan mereka.
Mengadakan kempen kesedaran mengenai pengaruh budaya barat di peringkat sekolah.
- Sebagai salah guru cemerlang, guru perlu menitikberatkan isu pengaruh budaya barat. Bagi pendedahan yang lebih baik kepada pelajar,guru harus mengusulkan kempen kesedaran kepada pihak atasan sekolah. Kempen kesedaran yang dilakukan boleh memberi penerangan yang lebih jelas kepada pelajar mengenai budaya barat yang tidak memberikan faedah.
Cara-cara mengatasi Pengaruh Budaya Barat
INDIVIDU
- Berpegang teguh pada ajaran agama
- mendalami lebih banyak dalam penghayatan ajaran agama
- Sentiasa berwaspada dengan segala tindakan
- Memikirkan dan menilai baik buruk sesuatu tindakan sebelum bertindak
MEDIA
•Pengarang/penulis kurang menulis perkara negatif
•Sekatan kepada filem atau drama bersiri dari Barat yang tidak beretika
•Pengamal media menyiarkan program berfaedah dan bersesuaian dengan masyarakat kita.
KERAJAAN
FAKTOR-FAKTOR PENGARUH BUDAYA BARAT
MEDIA MASSA
Penciptaan televisyen nyata banyak
mempengaruhi kehidupan seharian manusia. Marican dan Mohamed dalam Ab.
Halim Tamuri (2002), menyatakan bahawa pengaruh media massa ke atas
gejala sosial remaja sememangnya ketara. Majalah-majalah barat memaparkan
gejala-gejala negatif seperti keganasan, pornografi, dan budaya hidup yang
tidak sihat seperti black metal, punk,
dan sebagainya. Kesemua ini telah menjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat
digemari oleh remaja. Kebudayaan barat kini melimpah-ruah di Malaysia melalui
media baru dan lama. Tidak dinafikan tamadun negara ini diancam oleh
imperialisme budaya Amerika. Filem dan siri televisyen Amerika mengetengahkan
gaya ikutan yang menjadi ikutan rakyat negara ini terutama remaja dan belia.
Antara contoh drama siri Amerika yang disiarkan di kaca television negara kita:-
FAKTOR DIRI SENDIRI
Bagi
mereka yang remaja, mereka mempunyai sikap ingin tahu yang mendalam dalam
sesuatu hal. Hal ini akan menyebabkan mereka ingin tahu sesuatu yang baharu
dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, golongan punk di Malaysia kebanyakan remaja yang menganggotainya. Oleh itu,
mereka dapat mengetahui dan merasai pengalaman yang dilalui semasa menerajui
kumpulan itu.
FAKTOR RAKAN SEBAYA
Selain keluarga, seseorang remaja itu sangat rapat dengan
rakan sebayanya. Ajakan rakan paling banyak mempengaruhi seseorang individu itu
kerana mereka mempunyai persamaan dari segi perasaan. Tanpa berfikir panjang
mereka akan terus menerima ajakan rakan untuk melakukan sesuatu yang bebas
serta tanpa batasan.
FAKTOR KELUARGA
Keluarga
yang sibuk dan ibu bapa yang berpisah selalunya akan menghadapi masalah dalam
hal in kerana anak-anak berasa tidak diperlukan. Kebosanan serta kekurangan
kasih sayang akan membuatkan remaja akan berpaut dan mencari pengganti yang
lain untuk meluahkan segala hal. Oleh itu, mereka akan cepat terpengaruh dalam
budaya ini, sebagai contoh, punk amat
mementingkan kasih sayang dalam ahli kumpulannya antara satu sama lain.
Tuesday, April 15, 2014
DEFINISI PENGARUH BUDAYA BARAT
Menurut Abu Mardhiyyah (2012), menyatakan pengaruh
barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan
penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai
tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan
meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang
dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian
seseorang. Akibatnya, mereka akan kehilangan identiti. Mereka akan menghayati
budaya dan cara hidup barat dalam kehidupannya .
Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa
pengaruh barat adalah segala budaya yang datang dari barat (termasuk negara
Eropah) yang merosakkan. Ianya bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya
yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Pengaruh ini bukan sahaja
merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan akidahnya menjadi
goyah. Misalnya, pengaruh seks bebas, homoseksual, black metal, punk,
hedonisme, skin head, dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)