Menurut Abu Mardhiyyah (2012), menyatakan pengaruh
barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan
penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai
tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan
meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang
dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian
seseorang. Akibatnya, mereka akan kehilangan identiti. Mereka akan menghayati
budaya dan cara hidup barat dalam kehidupannya .
Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa
pengaruh barat adalah segala budaya yang datang dari barat (termasuk negara
Eropah) yang merosakkan. Ianya bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya
yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Pengaruh ini bukan sahaja
merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan akidahnya menjadi
goyah. Misalnya, pengaruh seks bebas, homoseksual, black metal, punk,
hedonisme, skin head, dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment