Thursday, April 17, 2014

FAKTOR-FAKTOR PENGARUH BUDAYA BARAT

MEDIA MASSA

Penciptaan televisyen nyata banyak mempengaruhi kehidupan seharian manusia. Marican dan Mohamed dalam  Ab. Halim Tamuri (2002), menyatakan bahawa pengaruh media massa ke atas gejala sosial remaja sememangnya ketara. Majalah-majalah barat memaparkan gejala-gejala negatif seperti keganasan, pornografi, dan budaya hidup yang tidak sihat seperti black metal, punk, dan sebagainya. Kesemua ini telah menjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh remaja. Kebudayaan barat kini melimpah-ruah di Malaysia melalui media baru dan lama. Tidak dinafikan tamadun negara ini diancam oleh imperialisme budaya Amerika. Filem dan siri televisyen Amerika mengetengahkan gaya ikutan yang menjadi ikutan rakyat negara ini terutama remaja dan belia.
Antara contoh drama siri Amerika yang disiarkan di kaca television negara kita:-







FAKTOR DIRI SENDIRI

Bagi mereka yang remaja, mereka mempunyai sikap ingin tahu yang mendalam dalam sesuatu hal. Hal ini akan menyebabkan mereka ingin tahu sesuatu yang baharu dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, golongan punk di Malaysia kebanyakan remaja yang menganggotainya. Oleh itu, mereka dapat mengetahui dan merasai pengalaman yang dilalui semasa menerajui kumpulan itu.


FAKTOR RAKAN SEBAYA

Selain keluarga, seseorang remaja itu sangat rapat dengan rakan sebayanya. Ajakan rakan paling banyak mempengaruhi seseorang individu itu kerana mereka mempunyai persamaan dari segi perasaan. Tanpa berfikir panjang mereka akan terus menerima ajakan rakan untuk melakukan sesuatu yang bebas serta tanpa batasan.

FAKTOR KELUARGA

Keluarga yang sibuk dan ibu bapa yang berpisah selalunya akan menghadapi masalah dalam hal in kerana anak-anak berasa tidak diperlukan. Kebosanan serta kekurangan kasih sayang akan membuatkan remaja akan berpaut dan mencari pengganti yang lain untuk meluahkan segala hal. Oleh itu, mereka akan cepat terpengaruh dalam budaya ini, sebagai contoh, punk amat mementingkan kasih sayang dalam ahli kumpulannya antara satu sama lain.


2 comments: