MEDIA MASSA
Penciptaan televisyen nyata banyak
mempengaruhi kehidupan seharian manusia. Marican dan Mohamed dalam Ab.
Halim Tamuri (2002), menyatakan bahawa pengaruh media massa ke atas
gejala sosial remaja sememangnya ketara. Majalah-majalah barat memaparkan
gejala-gejala negatif seperti keganasan, pornografi, dan budaya hidup yang
tidak sihat seperti black metal, punk,
dan sebagainya. Kesemua ini telah menjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat
digemari oleh remaja. Kebudayaan barat kini melimpah-ruah di Malaysia melalui
media baru dan lama. Tidak dinafikan tamadun negara ini diancam oleh
imperialisme budaya Amerika. Filem dan siri televisyen Amerika mengetengahkan
gaya ikutan yang menjadi ikutan rakyat negara ini terutama remaja dan belia.
Antara contoh drama siri Amerika yang disiarkan di kaca television negara kita:-
FAKTOR DIRI SENDIRI
Bagi
mereka yang remaja, mereka mempunyai sikap ingin tahu yang mendalam dalam
sesuatu hal. Hal ini akan menyebabkan mereka ingin tahu sesuatu yang baharu
dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, golongan punk di Malaysia kebanyakan remaja yang menganggotainya. Oleh itu,
mereka dapat mengetahui dan merasai pengalaman yang dilalui semasa menerajui
kumpulan itu.
FAKTOR RAKAN SEBAYA
Selain keluarga, seseorang remaja itu sangat rapat dengan
rakan sebayanya. Ajakan rakan paling banyak mempengaruhi seseorang individu itu
kerana mereka mempunyai persamaan dari segi perasaan. Tanpa berfikir panjang
mereka akan terus menerima ajakan rakan untuk melakukan sesuatu yang bebas
serta tanpa batasan.
FAKTOR KELUARGA
Keluarga
yang sibuk dan ibu bapa yang berpisah selalunya akan menghadapi masalah dalam
hal in kerana anak-anak berasa tidak diperlukan. Kebosanan serta kekurangan
kasih sayang akan membuatkan remaja akan berpaut dan mencari pengganti yang
lain untuk meluahkan segala hal. Oleh itu, mereka akan cepat terpengaruh dalam
budaya ini, sebagai contoh, punk amat
mementingkan kasih sayang dalam ahli kumpulannya antara satu sama lain.
pahal punk jer
ReplyDeletefikir gempak ker
lol
ReplyDelete