Thursday, April 17, 2014


Pengenalan

Alhamdullilah,  dengan limpah izin dapat kami menyediakan satu BLOG untuk  Kit Pembangunan Sahsiah atau spesifiknya dikenali sebagai A Personality Development Kit for Excellent Teacher bagi meningkatkan kesedaran khususnya kepada bakal guru dan guru-guru tentang Masalah Pengaruh Budaya Barat.

Ahli kumpulan kami diketua oleh Nur 'Atikah binti Kamaruddin dan tiga lagi ahli kumpulan iaitu Nurfaiqah Najihah bt Rosli, Razitah bt Mohd Desa dan Nor Atikah Binti Ramli.  Kami akan sentiasa memastikan Blog yang kami wujudkan ini mencapai objektifnya iaitu untuk memberi kesedaran tentang pengaruh budaya barat yang semakin menular di dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya dalam golongan remaja. Dalam blog ini, kami akn kupaskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan isu pengaruh budaya barat untuk dibincangkan.

Sekian terima kasih...Heee~ :D

Peranan Guru dalam Mengatasi Pengaruh Budaya Barat di dalam Kalangan Pelajar.

Menasihatkan pelajar agar menjauhi budaya barat.
- Sebagai seorang guru yang dekat dengan pelajar kebanyakkan masa, guru haruslah selalu menasihati pelajar agar menjauhi budaya barat yang semakin berleluasa. Guru boleh kaitkan dengain isu-isu berkaitan budaya barat yang menjadi topik hangat di negara kita sebagai mukadimah permulaan nasihat. 

 
Menerapkan nilai-nilai ketimuran dalam pengajaran.
- Dengan menerapkan nilai-nilai ketimuran semasa pengajaran, guru dapat menjadi ''role model'' kepada pelajar untuk terus menerapkan nilai-nilai ketimuran dalam kualiti kehidupan mereka.


Mengadakan kempen kesedaran mengenai pengaruh budaya barat di peringkat sekolah.
- Sebagai salah guru cemerlang, guru perlu menitikberatkan isu pengaruh budaya barat. Bagi pendedahan yang lebih baik kepada pelajar,guru harus mengusulkan kempen kesedaran kepada pihak atasan sekolah. Kempen kesedaran yang dilakukan boleh memberi penerangan yang lebih jelas kepada pelajar mengenai budaya barat yang tidak memberikan faedah.

Cara-cara mengatasi Pengaruh Budaya Barat

INDIVIDU

  • Berpegang teguh pada ajaran agama
  • mendalami lebih banyak dalam penghayatan ajaran agama
  • Sentiasa berwaspada dengan segala tindakan
  • Memikirkan dan menilai baik buruk sesuatu tindakan sebelum bertindak
MEDIA

Pengarang/penulis kurang menulis perkara negatif
Sekatan kepada filem atau drama bersiri dari Barat yang tidak beretika
Pengamal media menyiarkan program berfaedah dan bersesuaian dengan masyarakat kita.


KERAJAAN

Mengadakan kempen.
Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perkara yang kurang bermoral


FAKTOR-FAKTOR PENGARUH BUDAYA BARAT

MEDIA MASSA

Penciptaan televisyen nyata banyak mempengaruhi kehidupan seharian manusia. Marican dan Mohamed dalam  Ab. Halim Tamuri (2002), menyatakan bahawa pengaruh media massa ke atas gejala sosial remaja sememangnya ketara. Majalah-majalah barat memaparkan gejala-gejala negatif seperti keganasan, pornografi, dan budaya hidup yang tidak sihat seperti black metal, punk, dan sebagainya. Kesemua ini telah menjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh remaja. Kebudayaan barat kini melimpah-ruah di Malaysia melalui media baru dan lama. Tidak dinafikan tamadun negara ini diancam oleh imperialisme budaya Amerika. Filem dan siri televisyen Amerika mengetengahkan gaya ikutan yang menjadi ikutan rakyat negara ini terutama remaja dan belia.
Antara contoh drama siri Amerika yang disiarkan di kaca television negara kita:-







FAKTOR DIRI SENDIRI

Bagi mereka yang remaja, mereka mempunyai sikap ingin tahu yang mendalam dalam sesuatu hal. Hal ini akan menyebabkan mereka ingin tahu sesuatu yang baharu dalam melakukan sesuatu perkara. Sebagai contoh, golongan punk di Malaysia kebanyakan remaja yang menganggotainya. Oleh itu, mereka dapat mengetahui dan merasai pengalaman yang dilalui semasa menerajui kumpulan itu.


FAKTOR RAKAN SEBAYA

Selain keluarga, seseorang remaja itu sangat rapat dengan rakan sebayanya. Ajakan rakan paling banyak mempengaruhi seseorang individu itu kerana mereka mempunyai persamaan dari segi perasaan. Tanpa berfikir panjang mereka akan terus menerima ajakan rakan untuk melakukan sesuatu yang bebas serta tanpa batasan.

FAKTOR KELUARGA

Keluarga yang sibuk dan ibu bapa yang berpisah selalunya akan menghadapi masalah dalam hal in kerana anak-anak berasa tidak diperlukan. Kebosanan serta kekurangan kasih sayang akan membuatkan remaja akan berpaut dan mencari pengganti yang lain untuk meluahkan segala hal. Oleh itu, mereka akan cepat terpengaruh dalam budaya ini, sebagai contoh, punk amat mementingkan kasih sayang dalam ahli kumpulannya antara satu sama lain.


Tuesday, April 15, 2014

DEFINISI PENGARUH BUDAYA BARAT

Menurut Abu Mardhiyyah (2012), menyatakan pengaruh barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. Akibatnya, mereka akan kehilangan identiti. Mereka akan menghayati budaya dan cara hidup barat dalam kehidupannya .

Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa pengaruh barat adalah segala budaya yang datang dari barat (termasuk negara Eropah) yang merosakkan. Ianya bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan kepada agama masyarakat setempat. Pengaruh ini bukan sahaja merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan akidahnya menjadi goyah. Misalnya, pengaruh seks bebas, homoseksual, black metal, punk, hedonisme, skin head, dan sebagainya.